Starlight

The Disclaimer





Hello and Welcome my fat zomba(s).
eha's the name. I got my first breathing since 1995. & I blows the candles on twenty five of november every year. Characteristic? People said I'm talkative, anywhere and anytime. Even though I'm talkative but I'm not the person that have a finger in the pie. Personality? Not too straight, sometimes might be a little bit shy. Emotionally normal with laughter. However, designs is definitely been liked. Random's photography is simply pretty. I love sky blue but guess what? It is just my Cinnamoroll stuff are all in blue! Idol? Muhammad S.A.W


Travel This Site



The Cbox Song



♦ URL Blog not email ,, please ? :)
♦ Harsh words & Anon not allowed

Shoutbox

Credits


" " />
Basecode by: eha
Template by :
him


All rights reserved ® Your Name 2011 - 2012


WAHAI ANAK DAN ISTERI, AKU TIDAK MAHU MENJADI DAYUS!


Friday, August 5, 2011 7:21 AM

assalamualaikum for muslim mates. dah pegi solat terawih blum? heheh. aku baru je balik. serious mengimbau kenangan silam, dah lama tak pegi solat terawih, hehe :)
okayy. petang tadi aku dengar ceramah agama, alhamdulillah. even dengar dalam radio, tapi bnda tu buat aku terasa hati sangat. yaa, aku jahil YA ALLAH.
perlu diingat bahawa, jika si BAPA/SUAMI redha anak anak perempuan atau isterinya tidak menutup aurat dengan sempurna maka si BAPA/SUAMI dianggap LELAKI DAYUS. Apatah lagi jika si isteri atau anak perempuannya bebas bersalaman dengan lelaki bukan muhrim serta bergaul bebas. Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang"

  MASYA ALLAH ! kesian ayah aku. dah banyak dosa aku kat muka bumi ni.  

Sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh At Tarmizi, Perempuan itu aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia. Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan keadaan seorang wanita keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat, tiba-tiba berlaku kemalangan atau sebagainya menyebabkan kematian, bukankah kematian itu berlaku dalam keadaan melakukan derhaka kepada Allah?

Allah tunjukkan kepada nabi dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran bahawa begitu besar dosa dan begitu ngeri azab yang bakal diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan aurat malahan suami atau bapa mereka turut menerima tempiasnya sekali pada akhirat kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas.

Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.
ALLAHUALAM :)